Ibu jari kaki tertusuk besi hampir sejengkal - Utusan Malaysia

Ibu jari kaki tertusuk besi hampir sejengkal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki tidak dapat melupakan sambutan hari pertama Aidilfitri pada kali ini apabila ibu jari kakinya tertusuk semasa berada di belakang rumahnya di Lorong Damai, Kampung Melayu Majidee di sini pukul 3.11 petang semalam.

Ibu jari kaki Mohd. Shaffrezal Abdullah, 41, melekat dan sukar dicabut daripada cerucuk besi tersebut yang tertanam dalam lantai simen di belakang rumahnya itu.

Berikutan itu, bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau diketuai Pegawai Bomba Kanan II Kamarulzaman Salleh bersama-sama tujuh anggota, satu jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Kamarulzaman, mangsa dan keluarganya tidak dapat mengeluarkan besi yang tercucuk itu dan terpaksa meminta bantuan pihak bomba kerana bimbang kecederaan bertambah teruk jika mencabutnya sendiri.

“Besi lebih kurang sejengkal telah melekat pada simen yang berada di sana. Pihak bomba memotong besi tersebut dengan menggunakan pemotong hidraulik dan menghantar mangsa ke Hospital Sultanah Aminah (HSI) di sini dengan menaiki EMRS untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pukul 3.51 petang,” katanya ketika dihubungi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini