10 Terbunuh dalam serangan udara pada Aidilfitri - Utusan Malaysia

10 Terbunuh dalam serangan udara pada Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARF AWEID 6 Jun – Sekurang-kurangnya 10 orang awam termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam dua serangan udara oleh rejim Syria ketika sambutan Aidilfitri di wilayah Idlib, di sini semalam.

Paling menyedihkan apabila cebisan daging salah seorang kanak-kanak yang mati itu terpaksa dikutip dan diletakkan di dalam kotak kadbod untuk dikebumikan.

Kehadiran 1 Syawal yang sepatutnya disambut dengan gembira bertukar menjadi sedih apabila keluarga mangsa berkumpul di tanah perkuburan untuk menguruskan proses pengkebumian.

Memuatkan artikel berkaitan…

AFP melaporkan, serangan itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan pengganas Hayat Tahrir al-Sham. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini