Pelajar sekolah sertai kongsi gelap kerana mahu dipandang tinggi - Utusan Malaysia

Pelajar sekolah sertai kongsi gelap kerana mahu dipandang tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penglibatan pelajar sekolah dalam kegiatan kongsi gelap banyak didorong oleh perasaan mahu dipandang tinggi serta digeruni oleh rakan sebaya.

Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi/Maksiat/ Gangsterism Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, kegiatan kongsi gelap dalam kalangan pelajar sekolah sering melibatkan mereka yang kerap ponteng serta terlibat dalam gejala buli.

“Mereka kemudiannya akan melakukan jenayah kekerasan seperti ugutan, pemerasan serta pergaduhan dan ada yang meminta wang daripada rakan sebaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebanyakan pelajar terlibat kongsi gelap mempunyai tahap pendidikan yang rendah, kurang didikan agama serta mempunyai masalah keluarga,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kebiasaannya pelajar sekolah yang menyertai kumpulan kongsi gelap adalah untuk meningkatkan jumlah anggota di satu-satu kawasan.

“Golongan ini (pelajar) hanya menjadi ahli biasa dan mereka tidak akan diberikan tugasan tertentu,” katanya.

Bagaimanapun, Rohaimi berkata penglibatan pelajar sekolah dalam kongsi gelap masih terkawal dan berada di tahap yang minimum.

Katanya berdasarkan statistik, 46 pelajar sekolah dipercayai anggota kongsi gelap ditahan pada tahun lepas kerana terlibat dalam jenayah kekerasan.

“Aktiviti gangsterisme masih lagi terkawal dan ia tidak membimbangkan,” katanya.

Antara kongsi gelap yang disertai pelajar sekolah termasuk Geng 08, Geng 550, Geng 36 dan Ang Soon Thong, kata Rohaimi. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini