Pasukan MPV, pemilik tahan suspek curi kereta - Utusan Malaysia

Pasukan MPV, pemilik tahan suspek curi kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Jun – Tindakan pantas sepasukan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berjaya menahan seorang lelaki yang cuba melarikan sebuah kereta milik seorang pelajar dalam kejadian di kawasan perumahan Bukit Jalil, di sini semalam.

Aksi sepasukan polis dan pemilik kenderaan tersebut yang berusaha mengejar suspek turut ditularkan dalam satu rakaman berdurasi 12 minit 50 saat dalam laman sosial Facebook.

Pemilik kenderaan, Muhammad Ridzuan Ahmad, 22, berkata, dia menyedari kereta Proton Iswara miliknya yang diletakkan di hadapan rumah dilarikan seorang lelaki pada pukul 12.40 tengah malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, kira-kira 10 minit kemudian, dia dan adik cuba mengejar suspek yang menuju ke arah Sungai Besi dan apabila sampai di kawasan Bukit Jalil, didapati sebuah kereta MPV polis sedang berusaha mengejar kereta tersebut.

“Lelaki itu membawa kereta dengan cara berbahaya dan sanggup melawan arus bagi mengelak ditahan oleh pasukan polis. Kami mengejar suspek dan berjaya memberhentikan kereta dipandu suspek di Bandar Kinrara 5.

“Ketika pasukan polis cuba membuat tangkapan, berlaku pergelutan kerana suspek cuba bertindak ganas. Setelah bergelut selama lima minit, saya dan pasukan polis terbabit berjaya menahan suspek seterusnya membawa lelaki itu ke Balai Polis Bukit Jalil untuk tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Muhammad Ridzuan, walaupun keretanya mengalami kerosakan yang teruk akibat perlanggaran ketika cuba mengejar suspek, namun tidak mengapa kerana penjenayah dapat diberkas.

“Biar kereta hancur janji penjenayah dapat diberkas. Kerana satu jenayah kita dapat selamatkan ramai mangsa di luar sana.

“Saya juga amat berterima kasih dengan pasukan MPV IPD Cheras dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Bukit Jalil yang sama-sama membantu saya dalam kejadian ini semalam iaitu Koperal Fairos, Konstabel Firdaus, Koperal Ridzuan, Konstabel Azmil, Lans Koperal Sahlan dan Konstabel Hapizol,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini