BESUT – Orang ramai yang mengunjungi Bazar Ramadan di Kampung Pasir Akar dekat sini semalam menerima kejutan apabila dihulurkan satu pek sagumpal untuk juadah berbuka puasa.
Juadah berbuka puasa itu diagihkan secara percuma oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Hulu Besut yang disampaikan oleh Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Hulu Besut, Hasmadi Hassan.
Hasmadi yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Besut berkata, sebanyak 1,000 pek makanan tradisi itu dibahagikan kepada orang ramai yang mengunjungi bazar ramadan tersebut.
Katanya, juadah itu juga diagih kepada perantau di bazar berkenaan yang sudah mula pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri.
“Pemberian sagumpal ini sebenarnya sebagai meneruskan tradisi kunjung mengunjung dan bertukar juadah pada bulan Ramadan yang masih menjadi amalan masyarakat Melayu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE











