Kuota bumiputera: Gerakan dakwa DAP main helah - Utusan Malaysia

Kuota bumiputera: Gerakan dakwa DAP main helah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan mendakwa DAP kini bermain helah dalam isu sistem kuota bumiputera sama seperti isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang belum diiktiraf.

DOMINIC LAU HOE CHAI
DOMINIC LAU HOE CHAI 

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, DAP dilihat menggambarkan sistem kuota bumiputera adalah mengikut kehendak realiti politik semasa.

Namun, katanya, DAP sehingga kini seperti tidak berpendirian serta tidak jujur untuk menghapuskan sistem kuota berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kini, DAP adalah sebahagian daripada kerajaan. Selepas Lim Guan Eng menjadi menteri, dia masih tidak ikhlas untuk menghapuskan sistem kuota bumiputera. Dia hanya menggunakan realiti politik sebagai alasan untuk memadam isu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dominic berkata demikian bagi mengulas kenyataan Guan Eng dalam satu temubual bersama akhbar Oriental Daily bahawa sekarang bukan masanya untuk kerajaan mengubah sistem kuota bumiputera berikutan realiti politik semasa.

Dominic turut menggesa kerajaan untuk memberi satu tempoh supaya rakyat dapat melihat pelan kerajaan untuk menghapuskan sistem kuota berkenaan.

Katanya, komuniti Cina berasa kecewa berhubung perkara ini dan mereka seperti dipinggirkan kerajaan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini