Op Hari Raya Aidilfitri: 21,948 saman dikeluarkan JPJ - Utusan Malaysia

Op Hari Raya Aidilfitri: 21,948 saman dikeluarkan JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Sebanyak 21,948 saman dikeluarkan dalam tempoh lima hari operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) sejak 29 Mei lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya turut melakukan pemeriksaan terhadap 34,595 buah kenderaan.

Katanya, walaupun kadar pematuhan pengguna jalan raya meningkat namun kesedaran pemandu terutamanya pemandu bas masih berkurangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas beliau, perkara ini dapat dilihat apabila masih ada pemandu bas yang melakukan kesalahan walaupun pegawai JPJ telah ditempatkan di 87 buah bas untuk tujuan penyamaran.

“Notis telah dikeluarkan terhadap pemandu ini dan kesalahan yang kerap dilakukan adalah memandu di lorong kanan secara berterusan, menggunakan telefon bimbit serta melanggar etika pemanduan.

“Kesalahan itu akan dirakam pegawai JPJ yang menyamar dan notis saman dikeluarkan apabila bas tiba di terminal,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan pemeriksaan di Terminal Bas Bersepadu di sini hari ini.

Tambahnya, JPJ juga telah melaksanakan tempoh larangan pemanduan bagi kenderaan barangan iaitu pada 1 hingga 3 Jun dan 8 Jun hingga 9 Jun ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini