Alex Marquez ungguli perlumbaan Moto2 di Mugello - Utusan Malaysia

Alex Marquez ungguli perlumbaan Moto2 di Mugello

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUGELLO – Pelumba Sepanyol, Alex Marquez, adik kepada juara dunia MotoGP, Marc Marquez, menjuarai perlumbaan Moto2 pada Grand Prix Motosikal Itali di Mugello yang sekali gus membuka laluan kepadanya untuk menghampiri kedudukan pendahulu keseluruhan dalam kejuaraan dunia, hari ini.

Marquez, yang turut memenangi perlumbaan terakhir di Le Mans mengetuai jentera Kalex menyapu bersih kedudukan podium dengan rakan sepasukannya, Luca Marini iaitu adik kepada legenda Itali, Valentino Rossi di kedudukan kedua, manakala penunggang Switzerland, Thomas Luthi di tempat ketiga.

Pelumba Sepanyol itu mencipta masa terpantas 39 minit 31.262 saat (s), meninggalkan Marini melakar masa 39:33.190s, sementara Luthi dengan catatan 39:33.504s.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi Marquez, 23, ia merupakan kemenangan kelimanya sejak menyertai perlumbaan dalam kelas Moto2 pada 2015.

Pencabar dari Itali, Luca Baldassari masih mempertahankan kedudukan pendahulu dalam kejuaraan dunia selepas menamatkan saingan di tangga keempat, tetapi dia hanya dipisahkan dua mata di depan Marquez selepas pusingan enam pusingan.

Pelumba yang memacu jentera Kalex mendominasi kedudukan enam terbaik dalam perlumbaan tersebut. – AFP

KEPUTUSAN MOTO2:

1. Alex Marquez (ESP/Kalex) 39:31.262s (21 pusingan)

2. Luca Marini (ITA/Kalex) 39:33.190s

3. Thomas Lthi (SUI/Kalex) 39:33.504s

4. Lorenzo Baldassari (ITA/Kalex) 39:34.915s

5. Augusto Fernandez (ESP/Kalex) 39:35.235s

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini