Padah tonton lumba haram - Utusan Malaysia

Padah tonton lumba haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Keterujaan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menonton perlumbaan haram bersama tiga sahabatnya mengundang padah apabila disaman di Jalan Banting Baru di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan pukul 2 pagi itu, empat motosikal dinaiki mereka iaitu jenis Modenas Kriss, Yamaha SS dan Lagenda turut disita pihak berkuasa.

Menurut sumber, lokasi itu dijadikan aktiviti berlumba haram terutama pada hujung minggu yang menarik perhatian peminatnya untuk menonton aksi mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan siasatan awal mendapati jarak perlumbaan haram kira-kira 0.5 kilometer dan siasatan lanjut masih dijalankan mengenai ganjaran perlumbaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman menjelaskan sebanyak 30 motosikal daripada 35 individu telah diperiksa dalam serbuan yang berakhir pukul 5 pagi itu.

Katanya, polis turut mengeluarkan 26 saman di atas pelbagai kesalahan yang dilakukan mereka.

“Kesemua yang ditahan untuk pemeriksaan berusia 14 hingga 45 tahun dengan kesalahan dilakukan termasuk tiada cermin sisi, topi keledar, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan ubahsuai motosikal.

“Kita turut menyita lima buah motosikal termasuk daripada kalangan remaja berikutan cukai jalan tamat tempoh mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini