MAQIS patah cubaan seludup 266 ekor ikan hiasan air masin di LTAPP - Utusan Malaysia

MAQIS patah cubaan seludup 266 ekor ikan hiasan air masin di LTAPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 1 Jun – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) negeri berjaya merampas sebanyak 266 ekor ikan hiasan air masin pelbagai spesis yang ditahan di Kompleks Kargo Udara Kedua, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTAPP), di sini kelmarin.

Pengarah MAQIS negeri, Zarina Ramli berkata, aktiviti penyeludupan itu berjaya dibongkar hasil risikan unit operasi dalaman dan tindakan pantas MAQIS.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah beliau, syarikat tersebut dikompaun atas kesalahan mengimport tanpa sebarang dokumen yang sah seperti permit import daripada MAQIS (IP).

“Perbuatan mengimpot ikan ini tanpa mempunyai permit impot yang sah daripada MAQIS ini adalah kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum dibawah seksyen 11(3) akta yang sama.

“Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, MAQIS akan terus komited dalam membanteras kegiatan penyeludupan di seluruh pintu masuk negara bagi membuka pandangan orang ramai yang mana penyeludupan ikan hiasan juga boleh menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini