MAQIS rampas 56 kotak tuna seberat 840kg - Utusan Malaysia

MAQIS rampas 56 kotak tuna seberat 840kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 56 kotak ikan tuna (bonito) seberat 840 kilogram (kg) dengan anggaran nilai keseluruhan adalah sebanyak RM5,040 di laluan eksport Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor tanpa mempunyai sebarang dokumen sah.

MAQIS dalam satu kenyataan memberitahu, hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan kelmarin mendapati pemandu lori yang membawa konsainan tersebut tidak mempunyai permit eksport (EP) yang dikeluarkan oleh MAQIS dan borang Ikrar Kastam yang sah.

“Menurut pegawai yang menahan, syarikat ini kerap membuat kesalahan dalam mengeksport ikan ke Singapura, lantaran itu pegawai telah membuat pemeriksaan 100 peratus terhadap kosainan terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perbuatan mengeskport tanpa permit yang sah dari MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(2), Akta Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum dibawah seksyen 11(3), akta yang sama,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan, jika disabit kesalahan, pihak terlibat boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Jelas kenyataan itu lagi, MAQIS akan sentiasa memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanah-tanih dan mikroorganisma yang diimport ke dalam Malaysia bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar.

“Bahan-bahan itu perlu dipastikan tidak menjejaskan sektor pertanian negara serta mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini