#GoAduan bantu selesai masalah rakyat - Utusan Malaysia

#GoAduan bantu selesai masalah rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI – Pemuda MIC negeri mengambil inisiatif untuk membantu menyelesaikan masalah orang ramai apabila melancarkan program #GoAduan yang boleh dijadikan platform oleh masyarakat untuk menyalurkan masalah dihadapi mereka.

Ketuanya, J. Jeevabalan berkata, aduan-aduan yang diterima pihaknya itu akan dipanjangkan kepada pihak terlibat atau wakil-wakil rakyat di kawasan yang terbabit.

Menurutnya, program itu menunjukkan MIC prihatin dalam menangani isu-isu tempatan melibatkan masyarakat yang mungkin mengambil masa agak lama untuk diselesaikan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita berharap dengan adanya platform ini, aduan daripada masyarakat melalui Pemuda MIC negeri dapat diselesaikan secara efisyen dalam tempoh dua bulan sahaja.

“Ini kerana, setiap aduan yang dibuat sudah tentu ada maklumat dan fakta lengkap. Apabila dapat diselesaikan ia pasti melegakan dan menceriakan penduduk di kawasan berkenaan,” katanya ketika melancarkan program itu sempena Persidangan Perwakilan Pemuda MIC Negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohamad Fadzil Zolkipli; Timbalan Ketua Pemuda Pas negeri, Nasron Othman dan Wakil Pemuda MCA negeri, Soon Song Poh.

Jeevabalan berkata, orang ramai yang mempunyai masalah di tempat masing-masing diminta mengemukakan aduan melalui emel [email protected] atau melalui WhatsApp di nombor 0135988090. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini