1 anggota polis maut, 1 rakan setugas parah dirempuh motosikal - Utusan Malaysia

1 anggota polis maut, 1 rakan setugas parah dirempuh motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 1 Jun – Seorang anggota polis manakala rakan setugasnya parah selepas dirempuh sebuah motosikal ketika bertugas di Jalan Persisiran Perling di sini pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.40 pagi itu, Koperal Mohd. Ishraf Ismail, 27, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Kemalangan itu turut menyebabkan rakan sepasukannya, Muhammad Syakir Safwan Khairudin, 29, serta penunggang motosikal Yamaha 135LC, Thevarajan, 36, cedera parah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka semuanya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat dan rawatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, semasa kejadian, kedua-dua anggota dari Balai Polis Tampoi itu sedang melakukan pemeriksaan terhadap sebuah van di bahu jalan laluan terbabit.

“Tiba-tiba datang sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki dari arah Perling menuju ke Plaza Tol Perling telah terlanggar kedua-dua anggota polis terbabit.

“Akibat rempuhan itu, seorang anggota iaitu pemandu kereta peronda (MPV) maut di tempat kejadian manakala seorang lagi anggota dan penunggang motosikal cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. sempat meluangkan masa melihat sendiri kemalangan itu di lokasi kejadianditemani Mohd. Taib.

Mohd. Khalil dan Mohd Taib. kemudian mengadakan lawatan anggota yang cedera di HSA.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini