Beri masa kepada Hudson-Odoi isi kekosongan Hazard - Utusan Malaysia

Beri masa kepada Hudson-Odoi isi kekosongan Hazard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 30 Mei – David Luiz berpendapat Eden Hazard merupakan pemain yang sukar dicari ganti untuk tempoh jangka pendek, tetapi masih berharap rakan sepasukan, Callum Hudson-Odoi sudah memadai untuk menjadi bintang masa depan Chelsea.

“Saya berasakan ia satu ucapan selamat tinggal, sudah tiba masanya saya mencari cabaran baru,” kata Hazard selepas perlawanan akhir Liga Europa berkesudahan Chelsea membenam Arsenal 4-1 di Baku, hari ini.

Hazard memainkan peranan penting pada kemenangan tersebut, selepas menjaringkan dua gol dan melakukan satu bantuan dalam perlawanan akhir yang nampaknya menjadi aksi buat kali penghabisan bintang Belgium itu sebelum berpindah ke Real Madrid.

Memuatkan artikel berkaitan…

Luiz berpendapat rakan sepasukannya itu amat sukar untuk dicari ganti, tetapi menggesa Chelsea memberikan kepercayaan kepada Hudson-Odoi sebagai pengganti Hazard.

“Sama ada Messi atau Ronaldo (yang boleh menggantikan Hazard). Saya rasa jika dia pergi, saya hanya mampu mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. Dia seorang pemain, sahabat dan lelaki yang hebat.

“Saya mula mengenalinya sejak dia masih muda lagi. Saya sangat gembira kerana dunia mengetahui siapa Eden Hazard. Ini menjadi sebahagian daripada kehidupan. Satu putaran hidup yang telah berakhir dan ada juga yang baru hendak bermula. Saya fikir kami memiliki ramai bakat muda di dalam kelab yang mampu menggantikannya.

“Callum (Hudson-Odoi) pemain yang hebat. Callum telah mengenali kelab ini sejak dia masih budak lagi dan dia mempunyai bakat yang pada satu hari nanti mampu jadi sehebat Eden. Dia gagal bermula dengan baik kerana kecederaan, tetapi sudah tiba masanya dia meningkatkan persembahannya,” kata Luiz ketika ditemui pemberita di Stadium Olimpik Baku. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini