Nadal jumpa Goffin di pusingan ketiga - Utusan Malaysia

Nadal jumpa Goffin di pusingan ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 29 Mei – ‘Raja Tanah Liat’, Rafael Nadal berada pada landasan memburu kejuaraan tenis Terbuka Perancis buat kali ke-12 selepas melangkah ke pusingan ketiga di Roland Garros, hari ini.

Jaguh No. 2 dunia dari Sepanyol itu tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain Jerman yang beraksi dari pusingan kelayakan, Yannick Maden 6-1, 6-2, 6-4.

Pemilik 17 gelaran Grand Slam itu kini akan menentang pillihan ke-27 dari Belgium, David Goffin yang mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan pemain Serbia, Miomir Kecmanovic 6-2, 6-4, 6-3.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia (Maden) adalah pemain yang bagus.

“Dia memenangi empat perlawanan sebelum ini dengan penuh keyakinan, jadi kemenangan ini sangat penting buat saya,” kata Nadal.

Nadal, 32, digelar ‘Raja Tanah Liat’ selepas mengungguli Terbuka Perancis pada 2005, 2006, 2007, 2008, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014, 2017 dan 2018. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini