180 anggota JPJ Negeri Sembilan terlibat Ops Raya - Utusan Malaysia

180 anggota JPJ Negeri Sembilan terlibat Ops Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seramai 180 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan akan terlibat dalam Ops Raya sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri bermula hari ini hingga 13 Jun ini.

Pengarahnya, Azrin Borhan berkata, turut terlibat dalam operasi itu adalah anggota Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Anggota JKJR akan melakukan kempen keselamatan jalan raya dan AADK membuat saringan ke atas pemandu bas awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi ini diharap dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan menjadikan perjalanan pada musim perayaan ini lancar dan selamat,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di stesen bas Terminal Satu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azrin berkata, JPJ akan menempatkan empat anggotanya di stesen bas itu bersama tiga anggota AADK mulai pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam pada setiap hari sepanjang operasi tersebut.

Sementara itu, katanya, beliau berpuas hati dengan keadaan semua bas yang telah diperiksa sehingga hari ini terutama bas ekspres kerana berada dalam keadaan baik dan mematuhi arahan ditetapkan.

“Kami telah periksa bas di depoh masing-masing dalam Ops Sisih minggu lalu dan mengarahkan tindakan diambil oleh pengusaha supaya kenderaan masing-masing diselenggara dan komponen berfungsi dengan baik,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan pihaknya memantau aktiviti ulat tiket dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang didapati melakukan perbuatan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini