Polis Johor beri tumpuan daerah Batu Pahat dalam Ops Selamat 15/2019 - Utusan Malaysia

Polis Johor beri tumpuan daerah Batu Pahat dalam Ops Selamat 15/2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis Johor akan menjadikan daerah Batu Pahat sebagai pusat kawalan dan pemantauan (Subtek) peringkat kontinjen pada Op Selamat 15/2019 sempena Hari Raya Aidilfitri yang bermula hari ini berakhir pada 12 Jun depan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, Batu Pahat dipilih sebagai tumpuan berikutan daerah itu mencatatkan kes kemalangan maut kedua tertinggi dalam negara dan pertama dalam negeri ini.

Menurutnya, berdasarkan statistik kemalangan meragut nyawa membabitkan 53 kes pada tahun 2018 dan sebanyak 54 kes dicatatkan antara Januari hingga April tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kita akan menjadikan daerah Batu Pahat sebagai subtek Kontinjen Johor dengan melaksanakan strategi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

“Kita akan memberikan lebih tumpuan di kawasan kemalangan maut (black spot) dengan melancarkan aliran trafik selain kepada kesalahan yang menjurus ke arah kemalangan jalan raya termasuk memandu lorong kecemasan, menggunakan alat komunikasi semasa memandu serta melebihi had laju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran Op Selamat 15/2019 sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat Kontinjen Johor di Plaza Tol Skudai arah selatan, Skudai di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan, Menteri Pengangkutan, Anthony Look Siew Fook memberitahu Batu Pahat merupakan daerah yang mencatatkan kadar kemalangan tertinggi bagi tempoh 2015-2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini