Zverev hampir dikejutkan, sebelum mara di Paris - Utusan Malaysia

Zverev hampir dikejutkan, sebelum mara di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 28 Mei- Pilihan kelima, Alexander Zverev mempersiakan kelebihan mendahului dua set, sebelum pemain Jerman itu menyingkirkan John Millman dalam pertarungan yang diheret sehingga ke set penentuan untuk mara ke pusingan kedua kejuaraan tenis Terbuka Perancis, hari ini.

Pemain berusia 22 tahun itu, dalam bidaannya untuk muncul pemain Jerman pertama merangkul gelaran di Roland Garros sejak Henner Henkel berbuat demikian pada 1937, selepas dia mencatat kemenangan 7-6 (7/4), 6-3, 2-6, 6-7 (5/7), 6-3 pada pertemuan berlanjutan sehingga 4 jam, 11 minit yang merupakan perlawanan paling lama berlangsung pada pertandingan itu, setakat ini.

Zverev bakal berdepan pemain yang beraksi pada pusingan kelayakan, Mikael Ymer dari Sweden bagi merebut slot ke peringkat 32 terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain No. 5 dunia itu, bergelut dengan prestasinya, musim ini, sebelum merangkul gelaran di Geneva, minggu lalu, dan Zherev hanya berjaya melangkah sehingga ke suku akhir pada Grand Slam di Paris, 12 bulan lalu.

Dia turut memenangi tiga daripada lima set pada 2018, sebelum kecundang di peringkat lapan akhir kepada pemain yang muncul sebagai naib juara, Dominic Thiem.

Zverev mempersiakan break-point sebanyak dua kali ketika mendahului Millman, sebelum mencatat kemenangan dalam set pembukaan yang diheret sehingga ke tie-break, dan bintang muda itu kelihatannya mampu menamatkan saingan lebih awal, selepas meraih kejayaan pada set kedua.

Bagaimanapun, wakil Australia, Millman yang mengejutkan Roger Federer pada Terbuka Amerika Syarikat, tahun lalu, berusaha bangkit dan berjaya mencuri kemenangan dalam set ketiga, sebelum mengheret Zverev beraksi dalam set penentuan setelah dia mempamerkan semangat juang apabila ketinggalan 2-4 untuk meraih kejayaan pada set keempat.

Zverev, bagaimanapun, membuktikan dia bukanlah pemain yang mudah menyerah kalah pada perlawanan yang berlangsung di Gelanggang Philippe Chatrier apabila menutup aksinya dengan kemenangan menerusi mata akhir pertama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini