Tangan kanak-kanak tersepit belakang mesin bancuh simen - Utusan Malaysia

Tangan kanak-kanak tersepit belakang mesin bancuh simen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terpaksa menahan kesakitan selama lebih setengah jam apabila tangan kanannya tersepit di belakang mesin pembancut mesin di Kampung Ulu Kenderong di sini petang tadi. 

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, difahamkan mangsa, Muhammad Haniff Izzudin Mohammad Zamrul sedang bermain di berhampiran mesin pembancuh simen tersebut sebelum tangannya tersepit. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 5.47 petang sebelum sepasukan tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiba di lokasi, anggota mendapati tangan kanan kanak-kanak tersebut masih tersepit di belakang mesin pembancuh sambil menangis memeluk bapanya. 

“Anggota kemudian menggunakan peralatan khas untuk membuka skru dan meregangkan pemegang belakang pembancuh simen berkenaan sebelum mengeluarkan tangan mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Azizul Aswad, mangsa hanya mengalami kecederaan di bahagian jari kelingking sebelum dia dibawa ke Hospital Gerik untuk rawatan lanjut. 

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.22 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini