PDB rekod jualan lebih tinggi - Utusan Malaysia

PDB rekod jualan lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Petronas Dagangan Berhad (PDB) mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus keuntungan sebelum cukai sebanyak RM383.0 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2019.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed berkata, ia didorong pertumbuhan jualan tiga peratus serta keuntungan kasar yang lebih tinggi berikutan kenaikan harga Mean of Platts Singapore (MOPS).

“Ia satu permulaan yang baik untuk tahun ini seiring pelaburan kami untuk mempertingkatkan jualan yang kini menunjukkan pulangan positif terutama dalam perniagaan runcit dan komersial.” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini