Syazlin patut terus wakili keluarga Adib - PM - Utusan Malaysia

Syazlin patut terus wakili keluarga Adib – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, peguam Syazlin Mansor yang menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim sepatutnya terus kekal mewakili keluarga Allahyarham.

Kata Perdana Menteri, tidak boleh berlaku peguam itu mewakili kerajaan dan keluarga Muhammad Adib secara serentak kerana kedua-dua pihak mempunyai tujuan berbeza terutama pihak kerajaan yang ingin mencari sebab-sebab anggota bomba tersebut meninggal dunia.

Penjelasan Dr. Mahathir itu selari dengan kenyataan Peguam Negara, Tommy Thomas bahawa Syazlin berada dalam kedudukan konflik kepentingan apabila bersetuju mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pada masa sama turut mewakili keluarga Allahyarham yang mempunyai kepentingan langsung dalam inkues.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini kerana pihak yang memilih peguam itu tidak sedar dia ini juga menjadi peguam keluarga Muhammad Adib. Jadi bila sudah diketahui, dia mesti tarik diri daripada mewakili kerajaan.

“Dia patut teruskan menjadi peguam bagi pihak Muhammad Adib. Tetapi dia tarik diri semua (termasuk mewakili keluarga Muhammad Adib),” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini.

Syazlin semalam mengumumkan menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba itu.

Dr. Mahathir pada masa sama mahu setiap pihak menaruh keyakinan terhadap sistem kehakiman Malaysia berikutan isu yang timbul. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini