PM sindir penubuhan Putra - Utusan Malaysia

PM sindir penubuhan Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyindir tindakan beberapa individu menubuhkan parti politik baharu yang berteraskan orang Melayu dan bumiputera.

Perdana Menteri secara sinis berkata, lebih banyak parti politik ditubuhkan adalah lebih baik bagi membuktikan tiada satu pun parti orang Melayu memiliki majoriti yang besar di negara ini.

“Kalau kita tubuh 100 parti itu cukup baik, dengan itu orang Melayu akan dibahagikan kepada 100 dan tiada satu pun parti Melayu yang besar, sebab itu saya menggalakkan lebih banyak parti Melayu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sengaja ingin menentukan bahawa negara ini yang memiliki majoriti 60 peratus Melayu tapi Melayu ini berpecah kepada empat, tidak apa juga, ini berpecah sampai 100, okaylah kalau itu yang orang Melayu hendak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Bangunan Yayasan Selangor di sini hari ini.

Pada 8 Mei lalu, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang diasaskan Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali menjadi parti terbaharu diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Penubuhan parti baharu tersebut menerima reaksi negatif pelbagai pihak termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang menyifatkan ia merugikan orang Melayu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini