Isu bil elektrik melambung dibawa ke Kabinet esok - Utusan Malaysia

Isu bil elektrik melambung dibawa ke Kabinet esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Mei – Isu kenaikan mendadak bil elektrik dan rungutan rakyat mengenainya akan dibawa ke mesyuarat Kabinet esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal kepenggunaan, beliau menerima banyak aduan melalui kiriman WhatsApp yang meminta penjelasan berhubung kenaikan bil utiliti tersebut.

Saifuddin berkata, beliau akan membangkitkan isu itu pada mesyuarat Kabinet esok dan mendengar sendiri penjelasan daripada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin selaku yang menteri bertanggungjawab.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita kena tahu apakah perkara yang menyumbang kepada keadaan itu berlaku, apa puncanya dan jika telah tahu sebab dan punca, sudah tentu kita akan cari jalan penyelesaian,” katanya dalam sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Isu kenaikan bil elektrik menjadi tumpuan di media sosial apabila pengguna mengadu bil utiliti mereka melambung tinggi dengan ada di antaranya mencatatkan peningkatan 100 peratus atau sekali ganda. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini