Mayat warga emas ditemukan selepas dua minggu - Utusan Malaysia

Mayat warga emas ditemukan selepas dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 28 Mei – Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di sebuah rumah di Kampung Jimah Lama dekat sini semalam.

“Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan lanjut yang dijalankan mendapati, si mati tinggal seorang diri dan dipercayai telah meninggal dunia hampir dua minggu ekoran keadaan mayat yang telah kembung dan berulat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, siasatan yang dijalankan juga mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah dalam kematian mangsa.

Jelasnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Sehingga kini, tambahnya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini