United kempunan khidmat Eriksen - Utusan Malaysia

United kempunan khidmat Eriksen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 28 Mei – Manchester United terpaksa melupakan pemain yang menjadi sasaran No. 1 mereka musim depan iaitu Christian Eriksen selepas bintang tengah Denmark itu dikatakan sudah mencapai persetujuan untuk menyertai Real Madrid.

Menurut portal sukan Sepanyol, Don Balon, Eriksen, 27, bersetuju dengan perpindahan bernilai 70 juta pound (RM372 juta) selepas mengadakan rundingan sulit dengan pihak pengurusan Real.

Berita tersebut memberi tamparan buat United yang berharap untuk mendapatkan sentuhan kreatif Eriksen bagi menggantikan Juan Mata yang kini di hujung kontrak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Don Balon, Eriksen dikatakan sudah bersetuju menandatangani kontrak enam tahun di Santiago Bernabeu, dan merupakan pengganti jangka panjang buat Pemain Terbaik Dunia, Luka Modric.

Bintang muda Portugal, Joao Felix, 20, kini menjadi sasaran utama United, apatah lagi dia berpotensi menjadi tonggak jangka panjang kerana tujuh tahun lebih muda daripada Eriksen.

United dikatakan bersedia berbelanja 250 juta pound (RM1.3 bilion) bagi menguatkan pasukan musim depan, namun apa yang menjadi tanda tanya ke manakah pelaburan itu akan dilakukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini