FAM perkenal promosi 'Beli 1 Percuma 1' tiket - Utusan Malaysia

FAM perkenal promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ tiket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mei – Bagi menggalakkan orang ramai memenuhkan Stadium Nasional, Bukit Jalil dalam aksi Pusingan 1 Kela­yakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor Leste yang jatuh pada sam­butan Hari Raya Aidilfitri, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memperkenalkan promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ tiket.

Aksi pertama perlawanan jatuh pada Hari Raya ketiga iaitu 7 Jun, diikuti perlawanan timbal balik pada Hari Raya ketujuh bersamaan 11 Jun.

Harga tiket yang ditetapkan bagi setiap perlawanan adalah sama seperti aksi Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia sebelum ini iaitu RM30 bagi tempat duduk terbuka, RM50 bagi tempat duduk grandstand dan RM5 bagi tiket kanak-kanak berusia 7-12 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun dengan tawaran promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ ini penyokong akan mendapat dua tiket pada satu harga apabila hadir ke stadium bagi menonton perlawanan pada 7 Jun dan/atau 11 Jun bagi semua kategori tiket iaitu grandstand, terbuka dan kanak-kanak.

“Dengan promosi ini, besar harapan saya untuk melihat penyokong Harimau Malaya hadir ke stadium bagi memberikan sokongan pada 7 dan 11 Jun nanti. Siang hari kita keluar beraya, malam jom ke stadium!,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Pembelian tiket online di www.tickethotline.com.my bermula pada hari ini (Selasa, 28 Mei) manakala pembelian di kaunter tiket stadium pada hari perlawanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini