CTRM terima Anugerah Prestasi Terbaik Airbus - Utusan Malaysia

CTRM terima Anugerah Prestasi Terbaik Airbus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM), telah mencatat satu lagi pencapaian penting apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Prestasi Terbaik 2018 dalam Program Rantaian Bekalan dan Peningkatan Kualiti Airbus (SQIP) baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CTRM, Shamsuddin Mohamed Yusof berkata, syarikat menerima anugerah itu di atas peningkatan prestasi yang berterusan sepanjang tahun lalu dengan pencapaian yang signifikan dan mempunyai cara fikir serta cara kerja yang proaktif dan kolaboratif.

“Acara Anugerah SQIP Airbus ini merupakan platform Airbus di mana vendor dan pembekal berkongsi pencapaian, cabaran dan amalan terbaik, bagi menambah baik peningkatan rantaian be­ka­lan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rekod pencapaian CTRM pada acara ini amat membanggakan. Pada tahun 2015, CTRM telah menerima Pengiktirafan Penyertaan manakala pada tahun 2016 dan 2017 CTRM dinobatkan Anugerah Peningkatan Terbaik,” katanya dalam satu kenya­taan di sini semalam.

Anugerah itu disampaikan oleh Naib Presiden Operasi Perolehan Aerostruktur Airbus, Michael Duschl pada acara tahunan SQIP Airbus yang diadakan di Toulouse, Pe­rancis baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini