Khabar Jovic ke Real Madrid makin kuat - Utusan Malaysia

Khabar Jovic ke Real Madrid makin kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 26 Mei – Penyerang Eintracht Frankfurt, Luka Jovic menguatkan lagi spekulasi dia akan ke Real Madrid apabila menyatakan minat untuk beraksi di liga yang lain pula musim depan.

Selepas beberapa musim di Bundesliga. pemain antarabangsa Serbia itu dalam satu temuramah yang disiarkan akhbar Jerman, Die Welt hari ini berkata, dia kini semakin hampir untuk membuat keputusan terbaharu tentang masa depan kariernya.

Sambil merasakan Bundesliga sudah tidak sesuai dengan gaya permainan terkininya, Jovic, 21, menganggap pengalaman beraksi di peringkat kelab Eropah memerlukannya mencari cabaran yang berbeza.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tekanan tinggi dan kena banyak lari di Bundesliga. Selepas beraksi di Liga Europa musim ini, saya mula merasakan liga lain di Eropah lebih sesuai dengan saya. Itu apa yang saya rasa lebih selesa sama ada Liga Perdana Inggeris atau Serie A,” katanya.

Jovic sudah menjaringkan 27 gol bersama Frankfurt dalam semua peringkat pertandingan musim ini selain membantu kelabnya itu layak ke separuh akhir Liga Europa dan menduduki tangga ketujuh Bundesliga.

Prestasinya yang memukau itu telah berjaya menarik minat kelab gergasi Eropah dengan media Sepanyol mula mengaitkan dirinya dengan perpindahan ke Real Madrid melibatkan harga 60 juta euro (RM280j).

Setakat ini penyerang muda tersebut tidak mengaku atau menafikan tentang khabar angin itu kerana tidak mahu menganggu situasi mana-mana pihak.

“Saya tidak terganggu dengan spekulasi. Penting bagi saya bersama Eintracht dulu. Saya tidak mahu orang anggap fikiran saya sudah berada di tempat lain,” katanya yang akan membuat pengumuman dalam tempoh terdekat ini demi menguji kemampuan sebenar untuk bersaing dengan pemain terhebat di dunia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini