Insiden tumpahan minyak di LPT semalam tidak benar - Utusan Malaysia

Insiden tumpahan minyak di LPT semalam tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mei – Tiada insiden tumpahan diesel di Kilometer 46.2 hingga 46.8 arah timur Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Bukit Tinggi di sini seperti yang tular di laman sosial, semalam.

ANIH Berhad (ANIH) dalam satu kenyataan memaklumkan, insiden yang disebarkan melalui aplikasi Whatapps itu adalah kemalangan sebuah treler itu merupakan kejadian yang telah berlaku pada 10 April lalu.

“Pengguna tidak perlu khuatir kerana kejadian berkenaan bukan insiden baharu dan ia telah ditularkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami harap orang ramai tidak akan menyebarkan maklumat yang tidak sah terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Justeru, orang ramai dinasihatkan melayari laman sosial Twitter di @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk maklumat lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini