Kovac gembira dengan prestasi Bayern - Utusan Malaysia

Kovac gembira dengan prestasi Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 Mei – Pengurus Bayern Munich, Niko Kovac kagum dengan prestasi pasukannya pada musim ini berikutan mampu menjulang dua trofi dan yang terbaharu menjuarai Piala Jerman, hari ini.

Kata Kovac, Bayern telah menempuh pelbagai cabaran getir pada tahun ini termasuk bermula perlahan sehingga mencetuskan tanda tanya berhubung prestasi kelab gergasi Jerman itu.

“Kami jauh di belakang tetapi pasukan telah melakukan tugas dengan baik selepas itu. Saya berusaha mencari peluang, bukan berangan-angan malah kami perlu menstabilkan diri di awal musim dan kami berjaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika anda berputus asa, anda tidak akan mencapai kejayaan ini dan ini adalah kekuatan pasukan kami.

“Secara jujur bagi saya aksi menentang Benfica adalah permulaan kebangkitan buat Bayern yang menyaksikan kami menang 5-1 di penghujung November.

“Sejak itu, kami hanya tewas dua perlawanan, satu ketika berdepan Bayern Leverkusen dalam saingan Bundesliga dan satu lagi adalah di laman sendiri ketika melayan kunjungan Liverpool,” katanya.

Dalam perlawanan akhir Piala Jerman menyaksikan dua gol daripada Robert Lewandowski dan satu jaringan Kingsley Coman membolehkan Bayern meraih kemenangan 3-0 ke atas RB Leipzig. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini