MyCare, Econsave ceria penghuni cacat penglihatan - Utusan Malaysia

MyCare, Econsave ceria penghuni cacat penglihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOMBOK 26 Mei – Walaupun tidak dapat melihat wajah pemberi sumbangan, namun senyuman yang terukir jelas menggambarkan kegembiraan 60 penghuni rumah Yayasan Tuna Netra Al-Masyar, di sini semalam.

Nyata sumbangan duit raya dan pek makanan yang disampaikan oleh Pengerusi MyCare Johor, Prof. Madya Dr. Mohd. Zin Kandar dan Pengurus Besar Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam menceriakan mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Selain duit raya, Mohd. Zin dan Mas Imran turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada yayasan berkenaan yang memberi pendidikan kepada golongan cacat penglihatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, pihak MyCare turut memberi sumbangan untuk membaik pulih asrama penghuni berkenaan, khususnya bahagian bumbung yang runtuh akibat gempa pada tahun lalu.

MAS IMRAN ADAM dan Prof. Dr. Mohd Zin Kandar bergambar bersama-sama selepas menyampaikan sumbangan d

MAS IMRAN ADAM dan Prof. Dr. Mohd Zin Kandar bergambar bersama-sama selepas menyampaikan sumbangan duit raya kepada penghuni Yayasan Tuna Netra Al-Masyar di Lombok, Indonesia semalam. – UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN

Mohd. Zin berharap bantuan berkenaan dapat meringankan beban yang ditanggung yayasan tersebut.

“Kita juga berharap bantuan ini dapat memberi keselesaan penghuni, iaitu anak-anak yang cacat penglihatan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini