50 terima sumbangan sempena Ramadan - Utusan Malaysia

50 terima sumbangan sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 Mei – Keperluan harian golongan kurang berkemampuan sempena Ramadan terus mendapat perhatian dan pembelaan daripada pelbagai pihak.

Terbaharu, seramai 50 penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim, asnaf dan orang kurang upaya (OKU) di Zon Pelangi Indah di sini menerima sumbangan sempena Majlis Sumbangan Ramadan 2019 Zon Pelangi Indah.

Program anjuran bersama-sama Jawatan Kuasa Penduduk Zon Pelangi Indah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Surau Al-Akhyar Taman Pelangi Indah yang berlangsung di surau berkenaan disempurnakan oleh Ahli Majlis MBJB Zon Pelangi Indah, Mohamad Isa Mohamad Basir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Mohamad Isa, program berkenaan merupakan sebagian daripada aktiviti kebajikan yang dijalankan pihaknya sempena Ramadan pada kali ini.

Katanya, setiap penerima antaranya menerima barangan seperti beras 10 kilogram, kuih-muih serta duit raya.

“Sesungguhnya dalam setiap rezeki yang Allah kurniakan kepada hambaNya terdapat juga bahagian untuk orang-orang yang memerlukan.

“Kita berharap sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban para penerima sempena Ramadan kali ini dan Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi,” katanya ditemui di sini malam tadi.

Mohamad Isa berkata, selain sumbangan, program turut diserikan dengan majlis berbuka puasa dan solat terawih secara berjemaah.

Ujar beliau, program seumpama itu akan diteruskan lagi pada masa hadapan bagi membela nasib golongan yang kurang berkemampuan khususnya di bawah pentadbiran Zon Pelangi Indah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini