Lelaki maut, seorang parah kereta langgar pokok - Utusan Malaysia

Lelaki maut, seorang parah kereta langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING 26 Mei – Seorang lelaki maut manakala rakannya parah setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Simpang Halt dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.25 tengah malam itu, Wong Khiew Feng, 35, dan Tan Kai Sheng, 17, cedera parah namun Khiew Feng disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dinaiki dua lelaki itu dalam perjalanan dari arah Kuala Sepetang menghala ke Taiping.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kereta tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan dan melanggar sebatang pokok.

“Kemalangan itu mengakibatkan kedua-dua mangsa cedera parah namun Khiew Feng yang memandu kenderaan tersebut maut di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat manakala mangsa yang parah turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini