Sultan Johor sampaikan kain dan duit raya kepada 30 pemandu teksi - Utusan Malaysia

Sultan Johor sampaikan kain dan duit raya kepada 30 pemandu teksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Mei – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyampaikan sumbangan kepada 30 pemandu teksi di kawasan Stulang Laut sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurut entri terkini Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semua pemandu teksi itu menerima sumbangan kain dan duit raya daripada baginda di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

“Setiap kali baginda Tuanku Sultan melalui kawasan Stulang Laut, pemandu-pemandu teksi di situ tidak ketinggalan melambai tangan kepada Sultan Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sultan Ibrahim amat dekat di hati rakyat dan baginda sering mengetepikan protokol serta beramah-mesra bersama Bangsa Johor,” menurut Facebook itu.

Pada tahun lalu, seramai 20 pemandu teksi di kawasan Stulang Laut menerima sumbangan daripada Sultan Johor sempena Hari Raya Aidilfitri. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini