Kaunter zakat fitrah pandu lalu mudahkan umat Islam tunai kewajipan - Utusan Malaysia

Kaunter zakat fitrah pandu lalu mudahkan umat Islam tunai kewajipan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 25 Mei – Memudahkan. Itu reaksi rata-rata umat Islam ketika mengulas kewujudan kaunter zakat fitrah pandu lalu atau drive thru di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dekat sini.

Ternyata, kewujudan perkhidmatan itu yang masuk tahun kelima, mendapat sambutan menggalakkan daripada umat Islam terutama mereka yang dalam perjalanan untuk pelbagai urusan di sini pada hujung minggu.

Menurut Azfar Abdul Razak, 25, kewujudan kaunter zakat pandu lalu itu sangat memudahkannya yang tidak perlu bersusah mencari tempat letak kereta bagi menunaikan kewajipan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagus, selalu kena cari pusat kaunter bayar zakat. Hari biasa sibuk bekerja tetapi dengan adanya kaunter ini ia sangat memudahkan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

ZAKAT
HELMI SULAIMAN 

Pandangan sama dikongsi oleh Helmi Sulaiman, 30, dari Sri Kembangan yang mengakui pertama kali melihat perkhidmatan seumpama itu.

“Pertama kali nampak agak terkejut juga. Ia sangat memudahkan tak perlu bersusah-susah cari tempat nak bayar zakat,” katanya.

Seorang lagi pembayar zakat fitrah, Surinor Husin, 50, dari Cyberjaya, turut menyambut baik perkhidmatan itu yang memberi kemudahan kepada umat Islam menunaikan kewajipan mereka.

“Ia memudahkan umat Islam dan saya menyambut baik inisiatif pihak masjid menyediakan perkhidmatan ini,” katanya.

zakat

RAJA ALAMIR NAIM RAJA ALKAMAR HADZAR

 

Kewujudan kaunter itu turut dimanfaatkan oleh orang ramai yang tidak menggunakan kenderaan seperti Raja Alamir Naim Raja Alkamar Hadzar dari Presint 17 dan Ahmad Muharam Mohd. Arif dari Presint 11.

“Baru tahu ada kemudahan ini, ia sangat memudahkan, bukan sahaja kepada yang memandu tetapi juga orang lain,” kata Raja Alamir Naim.

Sementara itu, Amil zakat, Mohamad Syakir Azmi berkata, inisiatif itu diwujudkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) melalui masjid untuk memberi kemudahan kepada umat Islam menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah.

“Ini tahun kelima ia diadakan dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini