JAKARTA 25 Mei- Kerajaan Indonesia menarik balik sekatan penggunaan Whatsapp yang dilaksanakan selepas berlaku beberapa siri rusuhan pasca pilihan raya pada Selasa lalu.
Kementerian Komunikasi dan Informasi Indonesia menerusi akaun rasmi twitter miliknya pada pukul 1 tengah hari tadi, mengumumkan pembatalan tersebut.
“Selamat menggunakan Internet dengan lancar tanpa hambatan kembali ya. Mari gunakan ruang siber ini untuk hal-hal yang positif saja,” menurut ciapan Twitter rasminya.
Sekatan itu adalah bagi mengawal penyebaran maklumat berbaur hasutan dan maklumat palsu berkaitan kejadian rusuhan dan demonstrasi, pasca keputusan Pilihan Raya Presiden 2019.
Lebih 130 juta rakyat Indonesia menggunakan aplikasi WhatsApp, Facebook dan Instagram.- BERNAMA











