KUALA LUMPUR 25 Mei – Penghantar makanan bermotosikal di sekitar ibu kota boleh mendapatkan pengisian petrol secara percuma di Stesen Minyak Caltex, Batu 8 Jalan Kepong di sini, bermula 12 tengah hari hingga 5 petang, esok.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, ia merupakan usaha pihaknya bagi menghargai kesungguhan penghantar makanan bermotosikal, khususnya di bulan Ramadan ini.
“Semua penghantar makanan termasuk ‘Dahmakan’, ‘Foodpanda’, ‘Grabfood’, ‘Honestbee’ dan lain-lain dijemput ke stesen minyak Caltex di Batu 8 Jalan Kepong pada Ahad ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kami akan mengisi minyak ke dalam tangki motosikal mereka sehingga penuh.” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – BERNAMA











