TFC manfaat kerapuhan pertahanan Selangor - Utusan Malaysia

TFC manfaat kerapuhan pertahanan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Terengganu FC (TFC) memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri dengan menundukkan Selangor 1-0 menerusi jaringan lewat permainan dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, hari ini.

Dalam aksi itu, kerapuhan benteng pertahanan skuad The Red Giants menerima padah apabila dibolosi pada minit terakhir permainan menerusi jaringan sendiri K. Sarkunan yang jelas membangkitkan kemarahan pengendali B. Satianathan.

Pengendali Selangor meluahkan kekecewaannya terhadap benteng pertahanan pasukannya yang jelas gagal berkomunikasi dengan baik dan menyebabkan mereka gagal meraih sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan itu.

Dia memberitahu, pasukannya bukan sahaja gagal bertahan dengan baik malahan gagal mencipta serta menyudahkan peluang yang ada.

“Kami memang tidak layak untuk menang dalam perlawanan ini kerana banyak pemain tidak bermain dengan baik, kawalan bola tidak cukup kemas dan banyak menunggu bola berbanding berlari.

“Memang saya tidak berpuas hati dengan sejumlah besar pemain dalam perlawanan ini dan selepas ini kami akan terus beri fokus kepada latihan,” katanya selepas tamat permainan.

Sementara itu, dalam aksi Liga Perdana, UKM FC menundukkan Negeri Sembilan 1-0 menerusi jaringan Milad Zeneyedpour di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi manakala Selangor United menang 2-1 ke atas UiTM FC dalam aksi yang berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×