Manusia tertua Indonesia meninggal pada usia 193 tahun - Utusan Malaysia

Manusia tertua Indonesia meninggal pada usia 193 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 24 Mei – Seorang lelaki warga emas yang didakwa merupakan individu tertua di Indonesia, Arjo Suwito mening­gal dunia pada usia 193 tahun, baru-baru ini.

Kompas.com mela­porkan, Arjo meninggal dunia Selasa lalu selepas dirawat di sebuah hospital dekat daerah Blitar, Jawa Timur sejak minggu lalu.

Biarpun tiada dokumen yang menun­jukkan lelaki itu berusia melebihi 100 tahun, namun Arjo mendakwa umurnya menghampiri 200 tahun, malah berdasarkan data yang disimpan di balai

Memuatkan artikel berkaitan…
ARJO SUWITO
ARJO SUWITO 

raya kampungnya, umur Arjo adalah 194 tahun.

Lelaki itu direkodkan lahir pada 19 Januari tahun 1825 dan sebelum kematiannya, dia tinggal bersama anak dan isterinya.

Mereka tinggal di kaki Gunung Kelud dan pihak berkuasa berdepan kesukaran meng­akses tempat tinggalnya yang terletak di kawasan hutan.

Ketika ditemukan tahun lalu, Arjo memaklumkan kehidupannya sama seperti orang lain biarpun hidup di lokasi terpencil.

Arjo memberitahu bahawa, dia tetap menggunakan bekalan air bersih, makan beras serta sayuran yang ditanam sendiri.

“Saya hanya mengamalkan minum air putih dan banyakkan sayur-sayuran dalam makanan seharian.

“Saya juga tidak suka memikirkan perkara yang sukar sehingga boleh menjejaskan kesihatan,” katanya. – AGENSI

Arjo juga memaklumkan, dia mempunyai 18 orang anak menerusi enam perkahwinan, namun 17 daripada anaknya sudah meninggal dunia.

Selain itu, keperibadian Arjo turut disenangi penduduk kampung yang lain kerana sikapnya yang bersederhana dan suka merendah diri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini