KATHMANDU 24 Mei – Tiga lagi pendaki maut menjadikan tujuh kematian minggu ini di Gunung Everest yang penuh sesak.
Jurucakap Jabatan Pelancongan Nepal, Mira Acharya berkata, dua lagi pendaki India mati di Gunung Everest semalam.
Penganjur ekspedisi juga mengesahkan kematian ketiga melibatkan pendaki.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kalpana Das, 52, dapat sampai ke puncak namun mati ketika turun semalam dengan banyak pendaki sedang menunggu giliran berhampiran puncak gunung.
Seorang lagi pendaki India, Nihal Bagwan, 27, maut ketika dalam perjalanan turun dari puncak.
“Dia tersangkut dalam trafik lebih 12 jam dan kepenatan.
“Sherpa membawanya turun hingga Kem 4 namun mangsa menghembuskan nafas terakhir di sana,” ujarnya. – AFP











