Tapak bazar Masjid India terbakar dijadikan laluan pejalan kaki - Utusan Malaysia

Tapak bazar Masjid India terbakar dijadikan laluan pejalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menjadikan tapak bazar Masjid India yang terbakar pada Selasa lepas, sebagai laluan pejalan kaki. 

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, hal ini kerana tapak itu adalah sebahagian daripada projek River Of Life (RoL) yang pada asalnya akan dibuka kepada orang ramai untuk dijadikan ‘pedestrian mall’ 

“Bagi jangka panjang memang dalam projek RoL kami akan kosongkan kawasan itu. Peniaga Wisma Yakin pun sudah lama meminta DBKL berbuat demikian kerana struktur bazar itu telah menghalang bangunan dan menjejaskan perniagaan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi struktur bazar Masjid India yang terbakar itu akan dirobohkan sepenuhnya selepas ini kerana ia tidak selamat kepada mana-mana pihak untuk terus menjalankan perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri Komuniti Kuala Lumpur 2019 di sini, hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.35 pagi Selasa lepas, kira-kira 30 gerai jualan di bazar berkenaan yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, tudung, beg dan kasut terbakar. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini