IHP April 2019 121.1 peratus - Utusan Malaysia

IHP April 2019 121.1 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur inflasi mencatatkan peningkatan sebanyak 0.2 peratus pada April lalu kepada 121.1 peratus berbanding 120.9 peratus pada bulan sama tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kumpulan yang menyumbang kepada peningkatan itu ialah perumahan; air; elektrik; gas dan bahan api lain (2.0 peratus); minuman alkohol dan tembakau (1.2 peratus); pendidikan (1.2 peratus); makanan dan minuman bukan alkohol (1.1 peratus); serta restoran dan hotel (0.8 peratus).

Menurutnya, bagi perbandingan bulanan, IHP tidak menunjukkan perubahan berbanding pada Mac lalu manakala nilai IHP bagi tempoh Januari hingga April 2019 menunjukkan penurunan sebanyak 0.2 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara keseluruhan empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (0.7 peratus); Pulau Pinang (0.7 peratus); Negeri sembilan (0.5 peratus); dan Selangor serta Wilayah Persekutuan Putrajaya (0.4 peratus) menunjukkan kenaikan melepasi paras nasional iaitu sebanyak 0.2 peratus pada April lalu berbanding bulan sama pada tahun sebelumnya.

“Sementara itu, negeri Johor dan Perak menunjukkan kenaikan pada paras yang sama dengan IHP nasional,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Uzir menambah, kenaikan indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol dicatatkan di kebanyakan negeri di seluruh negara.

“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kenaikan tertinggi iaitu 3.6 peratus bagi indeks kumpulan ini berbanding bulan sama pada tahun sebelumnya dan melebih paras indeks nasional pada April tahun ini,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini