PDRM jamin keselamatan Jho Low - Utusan Malaysia

PDRM jamin keselamatan Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan jaminan akan menjaga keselamatan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low sekiranya dia pulang ke negara ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, dakwaan mengatakan Jho Low serta mereka yang terlibat dalam kes 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) akan diseksa dan dibunuh selepas menyerah diri adalah mengarut kerana negara ini mempunyai undang-undang.

“Kita akan laksanakan semua proses mengikut undang-undang sedia ada.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berikan jaminan ke atas keselamatan dirinya dan juga semua yang terlibat, jadi baliklah dan hadapi proses undang-undang di negara ini serta jangan keluarkan kenyataan guna peguam dari jauh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 15 sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 di Menara TM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, beliau yakin kes 1MDB ini akan dapat diselesaikan kerana ia telah berlanjutan terlalu lama dan memburukkan nama negara.

“Negara ini perlu ‘move on’, dan kita tahu dia (Jho Low) berada di mana, jadi kita minta agar dia, ahli keluarga serta enam kuncu-kuncunya itu pulang dan buktikan diri mereka tidak bersalah di mahkamah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini