KUALA LUMPUR 23 Mei – Jenama tempatan, Colony Coworking Space, baru-baru ini memenangi anugerah ‘Rekaan Dalaman Pejabat Terbaik’ pada Anugerah Hartanah Asia Pasifik pertama 2019-2020 di Bangkok, Thailand.
Pemenang anugerah dinilai dari segi reka bentuk, kualiti, perkhidmatan, inovasi, keaslian dan komitmen kepada kelestarian.
Direka bentuk bersama Hoe & Yin Design Studio, Colony mengetengahkan lima ruang mewah kerja bersama di beberapa lokasi yang diperlukan di Kuala Lumpur dan Selangor.
Hiasan dalaman di setiap ruang kerja adalah unik mengikut tempat dan karektor – dari British Colonial, Gentlemen’s Club, Wes Anderson dan banyak lagi.
Pengarah Eksekutif Colony Coworking Space Audrey Ooi berkata anugerah itu membuktikan komitmen tahap tertinggi yang diberikan dalam menetapkan standard ruang kerja luar biasa serta kecemerlangan perkhidmatan kepada setiap tetamu yang masuk ke ruang berkenaan.
Syarikat itu juga disenarai pendek sebagai calon serantau untuk bersaing pada Anugerah Hartanah Antarabangsa berprestij di London, dengan skor tiga calon teratas untuk Reka Bentuk Dalaman Pejabat Terbaik Asia Pasifik.
Memasuki edisi ke-26, Anugerah Harta Asia Pasifik merupakan program anugerah paling berprestij dan diperakui di seluruh rantau ini. – BERNAMA











