Untung bersih BHB meningkat kepada RM202.5 juta - Utusan Malaysia

Untung bersih BHB meningkat kepada RM202.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Keuntungan bersih dicatatkan BIMB Holdings Bhd. (BHB) pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2019 meningkat sebanyak 17.7 peratus kepada RM202.5 juta daripada RM172.1 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

KERAJAAN perlu bersiap sedia dengan menyiapkan benteng pertahanan negara dalam bidang keselamatan siber kerana serangan dan peperangan siber adalah ancaman yang perlu ditangani dengan serius termasuk melibatkan industri perbankan. GAMBAR HIASAN/UTUSAN

Menurut BHB, perolehan melonjak kepada RM1.18 bilion daripada RM999.3 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kumpulan perkhidmatan kewangan Islam perdana Malaysia itu mencatatkan pulangan ekuiti tahunan sebanyak 16.1 peratus, antara yang tertinggi dalam industri.

“Bank Islam Malaysia Bhd, mencatatkan keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) sebanyak RM219.9 juta bagi suku pertama 2019, meningkat RM12.7 juta atau 6.1 peratus.

“Peningkatan PBZT itu dipacu oleh jumlah pendapatan lebih tinggi,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini