Rogol anak sendiri: Bapa lapan anak dihukum penjara dan sebat - Utusan Malaysia

Rogol anak sendiri: Bapa lapan anak dihukum penjara dan sebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 23 Mei – Seorang bapa kepada lapan orang anak dihukum penjara 20 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol anak perempuan kandungnya yang berusia 17 tahun, sejak Februari lalu.

Tertuduh yang berusia 45 tahun mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan ke atasnya yang dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, tertuduh didakwa merogol anak perempuannya yang ketika itu berusia 16 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah antara pukul 2 hingga 2.30 pagi pada 27 Februari, 22 Mac dan 21 April lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Wai Yee manakala tertuduh yang bekerja sebagai pembantu menjual air tidak diwakili peguam.

Elesabet kemudian menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 17 Mei lalu dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan. Tertuduh bagaimanapun hanya akan dikenakan maksimum 24 sebatan mengikut Kanun Tata Cara Jenayah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini