Chelsea, Arsenal main dalam stadium kosong? - Utusan Malaysia

Chelsea, Arsenal main dalam stadium kosong?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 23 Mei – Kesatuan Bola Sepak Eropah (EUFA) bakal berdepan insiden memalukan apabila dijangka tidak ramai penonton yang akan hadir bagi menyaksikan final Liga Europa di antara Arsenal menentang Chelsea di Stadium Olimpik, Baku.

Beberapa penaja telah mengembalikan semula tiket yang diperuntukkan kepada mereka iaitu sebanyak 2,000 kepada badan induk bola sepak Eropah itu.

Menurut The Times, kebanyakan syarikat mengikut tindakan Arsenal dan Chelsea yang memulangkan tiket final selepas mengalami kesukaran daripada segi kos tambang perjalanan ke Azerbaijan ketika musim panas.

Kedua-dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu juga merancang untuk memulangkan sebanyak 6,000 tiket melebihi daripada separuh peruntukan yang diberi selepas masing-masing berjaya mengagihkan 3,500 dan 2,000 tiket.

Kedua-dua kelab tersebut sudah pun membuat aduan mengenai keputusan untuk mengadakan perlawanan di venue tersebut yang mempunyai kapasiti 69,000 tempat duduk.

Selain kos tinggi, syarikat penerbangan yang menawarkan perjalanan ke Baku juga terhad telah membuatkan penyokong mengambil keputusan untuk menonton dari jauh.

Semua tiket yang dipulangkan akan dijual dengan harga yang lebih murah kepada penduduk tempatan namun tidak dapat dipastikan sama ada terdapat permintaan atau sebaliknya selepas 23,000 tiket telah pun terjual di Azerbaijan dan itu memberi petanda kerusi kosong mungkin lebih banyak kelihatan.

Penyokong Arsenal juga tertanya-tanya mengenai keputusan UEFA mengadakan final di Baku sehingga memaksa Henrikh Mkhiraryan menarik diri daripada skuad The Gunners atas faktor keselamatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×