3 pengurus kanan syarikat pemaju didakwa SPRM esok libatkan cubaan tipu RM1.6j - Utusan Malaysia

3 pengurus kanan syarikat pemaju didakwa SPRM esok libatkan cubaan tipu RM1.6j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 23 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa seramai tiga individu dari sebuah syarikat pemaju di negeri ini membabitkan kes penipuan melibatkan nilai RM1,635,870.

Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga mereka yang berjawatan Pengarah Urusan; Ketua Bahagian Pemasaran dan Jualan serta Pengarah Eksekutif itu akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Butterworth, di sini pukul 9 pagi esok.

Katanya, ketiga-tiga suspek akan didakwa kerana cuba menipu Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memdapatkan pelepasan kuota bumiputera sebanyak 30 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesalahan itu disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini