Satu kehilangan besar - Tun Daim - Utusan Malaysia

Satu kehilangan besar – Tun Daim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 23 Mei – Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah sebagai satu kehilangan besar buat negara.

Beliau yang ditemui selepas memberikan penghormatan terakhir di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini hari ini berkata, Almarhum yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong dan bekas pemimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia telah memberikan sumbangan yang besar kepada negara.

“Memang saya dengan Almarhum kenal lama. Sahabat yang baik,seorang raja yang rapat dengan rakyat dan rakyat kasih dengan baginda,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini