Marquez fokus aksi sendiri, enggan fikir soal Lorenzo - Utusan Malaysia

Marquez fokus aksi sendiri, enggan fikir soal Lorenzo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pelumba Honda, Marc Marquez tidak menghiraukan tentang prestasi rakan sepasukannya, Jorge Lorenzo yang dilihat bergelut untuk menemui rentak terbaik, meskipun telah mengharungi lima pusingan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Juara dunia lima kali tersebut menegaskan dia tidak memikirkan soal pelumba Honda yang lain termasuk Lorenzo kerana mahu memberi tumpuan untuk melakar kemenangan pada setiap perlumbaan, agar peluangnya untuk meraih gelaran musim ini lebih terjamin.

Lorenzo berdepan ma–salah apabila masih gagal untuk menamatkan perlumbaan di kelompok 10 terbaik setakat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemenangan Marquez di Grand Prix (GP) Perancis pada Ahad lalu meletakkan namanya kembali sebagai pendahulu carta perlumbaan apabila telah meraih tiga kemenangan setakat ini.

“Saya tidak kisah mengenai apa yang berlaku terhadap pelumba Honda atau rakan sepasukan saya ketika ini. Saya hanya mampu memastikan memperoleh keputusan yang terbaik dan berada di kedudukan teratas.

“Saya tahu pasukan saya ketika ini telah bekerja dengan baik dan Honda Racing Corporation (HRC) telah memberikan segalanya kepada saya. Ketika ini, kami menunjukkan peningkatan meskipun mempunyai jentera yang cukup cemerlang.

“Dalam perlumbaan ia adalah berbeza kerana ketika saingan terdapat sedikit kelemahan yang perlu diperbaiki. Pasukan telah bekerja keras untuk menyediakan jentera yang terbaik dan saya hanya perlu berusaha untuk meraih keputusan yang cemerlang.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada pasukan lain dan sebab itu saya tidak boleh memikirkan apa yang berlaku kepada mereka. Jadi, fokus saya hanya pada perlumbaan dan ingin meraih kemenangan sebanyak yang mungkin,” kata Marquez. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini